Cerita Epik : Asal Republik Besut

Pada masa dahulu daerah Besut adalah di dalam jajahan Negeri Kelantan. Nama "Besut" adalah berasal daripada loghat bahasa Kelantan iaitu "Sut" bermaksud bahagian hujung. Ini adalah kerana daerah Besut terletak dihujung jajahan antara sempadan negeri Kelantan dengan negeri Terengganu. Manakala "Be" adalah istilah bahasa Inggeris. Jadi ia dinamakan "Be-Sut" (yang terakhir).

Samada mitos atau cerita dogeng. Ceritanya bermula apabila dua pemerintah bertanding sabung ayam. Nilai pertaruhan adalah sebuah jajahan. Oleh kerana pihak Kelantan telahpun kalah dalam pertandingan tersebut, maka jajahan tersebut yang dahulunya menjadi milik negeri Kelantan telah diserahkan kepada pihak yang menang iaitu negeri Terengganu. Kesan tersebut kekal sehingga hari ini.

Sebab itulah, jika ditanya kepada mereka yang berasal daripada daerah Besut, Adakah anda berasal daripada Terengganu? Mereka akan menjawab saya berasal daripada Besut, bukan Terengganu.

Ini seolah-olah, daerah Besut yang sepatutnya berada di dalam negeri Terengganu berdiri ibarat sebuah republik yang tidak terlalu pro-Terengganu tetapi lebih mesra ke arah negeri Kelantan. Malah, kesemua penduduk disana menggunakan loghat bahasa kelate dalam seharian mereka.

Manakala, jikalau ditanya kepada penduduk negeri Kelantan, mereka menganggap daerah Besut adalah di dalam negeri Kelantan.
Apapun yang berlaku, daerah Besut adalah daerah yang sangat unik dan keunikan inilah yang menjadi kebanggaan penduduk yang menjadi anak Besut sejati. Tahniah untuk mereka!

shino said : Hehehe tahniah-tahniah :D

Labels: , , , ,