Ceritaku Duniaku EP05: Notis

"HARI INI TAK MENGAJI. PERGI MAKAN GULAI. BESOK TIDAK."

Masa zaman kanak-kanak riang dulu, notis whiteboard surau tempat aku mengaji al-Quran menjadi tanda tanya yang aku ingat sampai sekarang.

Kawan aku cakap, hari ini tak mengaji, besok pun tak mengaji juga. Jadi, bersorak la kami. Sebab dua (2) hari cuti tak payah pergi mengaji.

Bila hari ketiga pergi, ustad tanya kami. Kenapa semalam korang tak datang mengaji? Kami cakap dua (2) hari cuti sebab ustad pergi makan kenduri. Rupa-rupanya, kami salah tafsir.

Jadi maksud sebenarnya ialah, hari ini cuti sebab ustad pergi kenduri. Besok tidak pergi kenduri. Jadi, esok mengaji macam biasa.

Oh.. salah faham rupanya!

Labels: , , ,