Formula Drift Amatur

Cuti hari minggu, aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung memandangkan cuti hari wesak yang bersambung sehingga hari ahad. Jadi, elok juga balik bila ada masa free ni.

Tumpuan kali ini ialah aktiviti sukan drifting. Jentera digunakan bukanlah jentera seperti Nissan Silvia atau AE86 didalam formula Drift D1 International tetapi skill dan tork engine yang diperolehi adalah daripada engine tersebut dan ia telah menjadikan jentera Toyota GL yang boleh diperolehi dengan harga tak sampai RM8,000 dapat melakukan aksi drifting ini. Oleh kereta Toyota GL adalah jenis yang rear wheel drive, maka ia amat sesuai untuk acara drifting ini. Jadi, tak hairanlah ramai yang mencuba sukan ini pada masa sekarang.

Yang anda saksikan ialah aktiviti yang berlaku pada setiap petang Jumaat. Tiada penganjur, tiada penaja cuma acara drifting secara seronok-seronok sahaja.

Aksi membuat pusing drift menarik perhatian pengunjung yang hadir di tapak acara drift tersebut.

Lokasi adalah di Tapak Pasar Tani Mega, Jerteh, Terengganu. Namun, kawasan ini telah pun mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempat untuk golongan belia mengasah bakat bagi sukan drifting atau "sukan gelongsor kereta".

Walaupun dari segi kemudahan track litar yang sangat daif, namun oleh kerana minat terhadap sukan ini, soal keadaan litar sudah menjadi isu nombor dua. Oleh itu, aku mengucapkan syabas untuk mereka!

Si kecil juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan acara drift amatur. Manatau suatu hari nanti boleh jadi seperi Tengku Djan (Drift king Malaysia) atau Keiichi Tasuya aka Dori-dori (Drift King)

Apabila acara semakin menuju kemuncak, namun, ia terpaksa dihentikan kerana hujan lebat.

Mark :
Toyota GL
Engine : Nissan SR20DET
Turbo Charge
Rear Wheel Drive

Labels: , , , ,