Jatuh Tangga

Peristiwa melibatkan tangga selalu berlaku pada aku. Mungkin sebab aku cuai dan kurang fokus dengan apa yang aku lakukan. Terutama bila naik dan turun tangga.

Tragedi Pertama:
Masa aku sekolah dulu, aku pernah tergelincir ditangga masjid semasa selesai ambil wuduk untuk solat zuhur. Sakit, senak tak terkata. Aku terduduk tahan sakit 10 minit sebelum bangun.

Tragedi Kedua:
Aku terjatuh lagi ditangga semasa selesai mandi. Tangga tu jadi licin sebab kena air. Aku tergolek umpama nangka busuk. Sakit amat pinggang aku. Seminggu aku tahan sakit kat bahagian pinggang tu.

Tragedi Ketiga:
Selepas beberapa bulan, aku jatuh lagi ditempat yang sama apabila aku memanjat anak tangga laju-laju. Sebab tertinggal barang kat bilik atas. Bila dikenalpasti, aku pakai stoking time panjat tangga tu. Yang ni hampir mencacatkan muka aku. Tapi nasib baik tangan ni laju je tahan.

Sudah tiga (3) kali aku jatuh tangga. Aku memang nekad lepas ni bila dan ada rumah sendiri. Aku taknak rumah yang bertingkat sebab kalau tua-tua nanti, buatnya aku tergelincir. Tak pasal-pasal aku temui ajal disitu.

Labels: , , ,