Kau Siapa??

Harus diingatkan bahawa tidak semua benda yang kita idamkan itu dapat kita perolehi. Kadang-kadang apabila kita terjumpa benda yang kita idamkan, belum tentu ia akan menjadi milik kita. Mungkin juga dia bukan hak kau.

Percayalah kerana semua ciri-ciri yang ada pada kita belum tentu akan memenuhi ciri-ciri yang diidamkan oleh mereka. Kau kena akur semua itu.

Oleh itu, kau haruslah "ukur baju dibadan sendiri" dan kenalpasti segala kelemahan diri kau dan berfikir adakah diri kau itu sangat bagus untuk memiliki mereka? Yang penting ialah kita kena sedar siapakah diri kita yang sebenarnya sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Kau tak boleh menjadi orang lain yang lebih bagus dari diri kau yang sebenar kerana perbuatan kau itu pasti akan menyusahkan diri kau sendiri. Oleh itu, kau harus menjadi diri kau yang sebenar.

Namun, kau berhak berusaha untuk memperbaiki diri kau untuk menjadi lebih baik. Kerana itu adalah yang terbaik.

Labels: , , , ,