Kemahiran

Kes Pertama : Terlebih Baja
Oleh kerana aku sangat
excited dengan baja organik milik Abah, baja yang digunakan bagi penanaman Nangka Mastura. Tanpa berfikir panjang, aku telah membaja pokok lada kesayangan aku dengan kadar 3/4 tanah. Harapan aku ialah supaya pokok tersebut cepat berbunga dan mengeluarkan hasil.

Oleh kerana, pengetahuan dalam bidang pertanian tanaman sangat cetek. Akhirnya tindakan aku itu telah mengundang bahana kepada pokok tersebut. Dan akhirnya mati.

Kes Kedua : Terlebih Makanan
Oleh kerana Abah sangat excited dengan bekalan makanan ikan Keli yang berguni-guni, beliau telah memberikan makanan secara berlebihan ke dalam tangki PE ternakan ikan Keli di kampung. Bahan makanan yang berlebihan menyebabkan air menjadi keruh dan memberi kesan terhadap tahap pembesaran ikan Keli tersebut. Oleh kerana kekurangan ilmu Abah dalam bidang pertanian ternakan ikan, akhirnya ikan tersebut diundang bahana juga.

Inilah yang akan terjadi jika seorang pengembala lembu cuba membawa kapal terbang.

Shino said: Kepakaran dalam sesuatu bidang boleh diperolehi jika kita belajar dan cuba mempraktikannya. Kalau bukan disebabkan kematian pokok lada kesayangan, maka aku takkan tau kesannya. Oleh itu sila tanya pada pakar.

Labels: , , , ,