Kesempurnaan

Apa Itu Keserasian? Tapi bagi aku sendiri, keserasian adalah wujud diantara kekurangan dan kelebihan setiap orang.

Ingat, tiada manusia yang SEMPURNA. Jadi kesempurnaan boleh diperolehi melalui berpasangan.

Sebagai contoh, Pemandu kenderaan Rally memerlukan jurupandu arah yang cekap supaya pergerakan kenderaan dapat dikawal dengan keadaan muka bumi yang teruk. Jikalau berlaku kecuaian jurupandu, tetapi kecekapan tinggi yang ada pada pemandu, ia pasti menyelamatkan sedikit keadaan.

Oleh itu, dalam soal mencari pasangan, sila kenalpasti kelebihan dan kekurangan pasangan anda.

Persamaan Perlu? Perlu bergantung pada situasi dan sebab tertentu. Pada pandangan daif aku, setiap hubungan itu perlu ada kontra nya. Sebagai contoh, kau seorang yang banyak cakap. Kau suke bercerita. Dapat pula pasangan kau yang suke juga bercerita. Habis siapa yang nak mendengar?

Kalau kau ni jenis yang lembut. Kau dapat pasangan kau yang keras. Kau steady sebab kau memang jenis yang cool. Jadi baru seimbang.

Kalau dua-dua keras kepala pun susah. Nanti dua-dua taknak mengalah. Siapa yang susah? Kau juga.


pic by flickr

Labels: , , ,