Mana Yang Patut ep. akhir

Apa yang aku cakap dalam entri yang lepas Mana Yang Patut dan Mana Yang Patut ep.2 pasti akan buat kau terduduk dan berfikir disamping rasa serba salah diatas semua yang berlaku.

Aku rasa, kau kena ingat dalam-dalam, sebenarnya bukan sebab kau ditolak atas dasar kau tak suka kat dia tetapi persekitaran itu tidak memihak kepada kau langsung.

Tapi disini aku juga nak nasihatkan kau satu benda. Kalau orang tu sukakan kau, betapa buruknya dan macam mana pun kau, dia still akan terima kau dan suka kau selamanya. Hubungan inilah yang kau patut cari.

Kalau kau dah cuba banyak benda tapi kau still rasa susah nak dapatkan dia, aku rasa baik kau give up lah. Sebabnya, tak guna pun kau duk tunggu-tunggu. Selepas tu, kau buka je hati kau seluas-luasnya kepada sesiapa yang perlukan kau. Aku ingat itu lagi senang kau nak maintain. Sebab kau tak payah pening kepala sangat nak handle orang yang suka kat kau ni.

Apa pun yang kau buat, kau kena ingat :
"Kau kena lepaskan tali tu perlahan-lahan supaya ia tidak tersungkur dan tangan kau pun takkan luka"



Shino said : Sampai sini sahaja kot entri pasal ni. Dah penat. Aku bukan suka sangat buat entri camni. Tapi dah macam terbawak-bawak pula.

Labels: , , ,