Mana Yang Patut ep.2

Kenapa dia taknak cakap je terus kat kau;

"Sorilah, aku tak minat kat kau dan kau tak payah ganggu aku lagi. Sebab aku rasa ... aku tak sukalah kat kau ni."

Sudah pasti itu adalah keputusan yang jelas. So, senanglah nak uruskan mana yang patut kau buat lepas ni sebab dah ada jawapan kan. Apa lagi, paham-paham la kau. Jangan buat andaian dan salahkan diri kau kerana terlalu mendesak supaya dia sukakan kau lagi.

Cukup lah. Sebab kau pun ada maruah kau juga. Itu pun kena jaga. Dalam aspek kau merendahkan ego kau, ada hadnya juga. Kau patut bangga sebab kau buat semua tu semata-mata kerana kau suka dia. Jadi, dalam bab ni, kau dengan dia tak salah. Cuma, persefahamannya belum sampai.

Jadi nak mencapai persefahaman itu, ia perlukan masa. Masa untuk dia kenal kau dan kau kenal dia. Tapi isunya ialah, peluang tu tak sampai kepada kau. Dan benda ni telah buat kau pening sendiri.

Sebab apa aku cakap peluang tu tak sampai? Sebab kau tak diberi peluang untuk dekat dengan dia. Maksud aku ialah layanan yang dia bagi tu tidak mencerminkan keinginan dia sendiri. Keinginan dia untuk mengenali kau yang sebenarnya dan ia lebih kepada dorongan semata-mata. Samada kau wujud atau tak wujud dalam situasi ini, ia takkan memberikan kesan kepada dia. Jadi, di sini sangat jelas aku katakan, dia memang tak perlukan kau dalam hidup dia. Cuma kau sahaja yang berlebih.

Orang cakap, kalau susah nak dapat ni bagus juga. Tapi sebelum tu, aku nak tanya kau dulu. Kau nak jalan mudah or jalan susah. Kalau kau cakap nak jalan susah, aku akan cakap kau ni bodoh sebab takkan ada manusia atas dunia ni yang nak susah.

pic by flickr

Labels: , , ,