Menyudahkan Doa


Sewaktu singgah solat asar di sebuah masjid, aku didatangi oleh seorang tua yang solat berhampiran aku. Dia menegur lembut dan mula membuka mulut;

Diketika kita berdoa memohon pertolongan dari
Yang Esa, kita kadangkala terlupa satu benda yang sangat penting. Kita semua pernah berdoa untuk mempermudahkan segala urusan. Namun, kita seringkali terlupa untuk menyudahkan doa yang dipohon itu. Sebagai contoh yang paling ringkas ialah;

"Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah jodoh aku. Amin." . Noktah.

Jika dimakbulkan, maka insyallah dipertemukan jodoh. Namun, kita terlupa untuk melengkapkan doa itu untuk dikekalkan jodoh itu. Adalah lebih baik jika kita memohon seperti:

"Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah jodoh aku dan kekalkan ia sehingga
akhir hayat aku. Amin."

Begitu juga dengan doa:


"Berikanlah aku kekayaan didunia dan dimurahkan rezeki"
. Noktah.


Jika dimakbulkan, maka insyallah dimurahkan rezeki dan kekayaan. Namun, kadangkala kita tidak pasti apakah gunanya rezeki dan kekayaan yang Tuhan bagi itu. Seringkali kita akan menyalahgunakan segala nikmat yang Tuhan bagi itu dan tidak bersyukur. Adalah lebih baik jika berdoa;

"Berikanlah aku kekayaan didunia dan dimurahkan rezeki untuk aku gunakan nikmat itu menyara ahli keluargaku. Amin."

Mudah-mudahan berkat.

Labels: , , , ,