Nilai Sebuah Kepercayaan

Macam mana kita hendak kantoikan orang yang kaki belit, kaki penipu yang menjaga ego mereka agar segala perbuatan mereka tidak dapat dikesan oleh orang lain?

Aku sangat bencikan kepada mereka ini. Dan aku sangat pantang
dengan sikap seseorang yang mempunyai sifat sedemikian. Lebih-lebih lagi yang menyusahkan dan mengheret aku ke dalam masalah yang mereka cipta sendiri.

Bagi aku, memang susah untuk membina sebuah kepercayaan tetapi sangat mudah pula untuk kepercayaan itu hilang. Kalau aku, sebelum aku hilang percaya, aku lebih suka memberi peluang untuk mereka membuktikan semuanya dan mengaku atas segala kesalahan yang mereka lakukan.

Tetapi, aku silap. K
au tak manfaatkan peluang yang aku bagi. Aku tak boleh nak membantu kau lagi untuk buat aku percayakan kau selamanya. Jadi kau jangan salahkan aku kalau aku hukum kau nanti. Sebabnya, aku dah lakukan yang terbaik untuk selesaikan masalah yang kau cipta sendiri. Malah dalam masa yang sama aku akan sengsarakan kau. Itu semua adalah untuk bagi kau insaf. Sebab sejahat mana pun manusia, ada lagi manusia yang lagi jahat dari kau. Jadi kau takkan selamat walaupun kau bangga dengan apa yang kau lakukan.

Bagi aku, yuran untuk belajar memperolehi pengalaman adalah sangat mahal berbanding menuntut di Universiti kerana kau terpaksa membayar nilai yang sangat besar. Tak kira wang ringgit mahupun maruah kau. Selepas itu, barulah kau akan grad dan memperolehi ijazah "pengalaman" itu. Oleh itu, manfaatkanlah segala pengalaman yang kau perolehi untuk mencipta teknik baru kau dan menjadi seorang yang lebih bijak.

Percayalah.

Labels: , , ,