The Orange

Kisah kali ini ialah berkenaan pengubahsuaian yang juga mencecah puluhan ribu ringgit. Pemiliknya juga berasal dari Besut, Terengganu. Orang kampung aku. Dikenali dengan nama Miji. Seorang kontraktor berjaya sejak dari dulu sampai sekarang. Tak perlulah aku ulas panjang mengenai latarbelakang beliau.

Pengubahsuaian kereta buatan Malaysia jenis Satria keluaran tahun 90-an inilah yang menjadikan aku terjebak ke dalam seni modifikasi tanah air. Bersesaran 1834cc. Pengubahsuaian ini meliputi keseluruhan bahagian kereta dengan solekan bercorakkan autoshow. Menurut beliau, kereta ini pernah memenangi acara Autoshow anjuran kelab Kereta dan bagi aku, penganugerahan ini amat berbaloi untuk beliau. Tahniah untuk Miji.


Engine Mitsubishi GSR 4G93T bersesaran turbo menjadi pilihan beliau. Salutan crome ini mencecah nilai RM3,000. Di samping modifikasi costum made piping pada engine bay menjadikan pengaliran udara dan boost engine terjaga rapi dari sebarang kebocoran disamping diperkuatkan lagi dengan ikatan sesendi silicon berjenama SAMCO.







Wastegate
jenama HKS menjadi pilihan beliau kerana bukan sahaja ia mengeluarkan bunyi engine yang gah namun, ia amat tahan untuk menahan kekuatan boost sehingga 2 bar semasa memecut.











P
enapis udara APEXI Twim Fin diberi kepercayaan untuk menjaga kemasukkan udara ke dalam sistem turbo.










Sistem audio jenama MOHAWK yang dilengkapi dengan Power Amp memantapkan lagi persembahan kereta ini dari sudut audio visual.












Bucket seat
jenama SSCUS menjadi pilihan beliau disamping steering jenama MOMO RACE akan memantapkan lagi pusingan steering dan pengendalian kenderaan.

Labels: , , , ,