Pandu Uji

Pada masa sekarang aku tengah fikir, kereta apakah paling sesuai. Dari segi harga, penggunaan dan maintanan. Susah juga sebab pilihan amat terhad disamping duit pun tak banyak ni.

Perodua MYVi SE
Myvi agak selesa untuk easy riding dalam town. Tork engine agak baik dengan kapasiti engine twim cam DOCH. Sesaran 1.3 cc agak sesuai bagi pemandu dalam town dengan
kelajuan purata 80kmh. Tapi, untuk speeding, agak kurang stabil bila memecut dengan laju bila mencecah kelajuan 100kmh. Agak melambung-lambung. Mungkin, struktur body agak ringan. Pick up rating 3 star. Aku tak mungkin pergi kepada Myvi kerana kereta ini bersifat agak girlish.


Honda Jazz iDSL
Non-v tec engine. Stylist. Good handling. Easy to drive dalam town especially dengan transmisi auto. Pecutan 100kmh agak stabil. Kestabilan kurang apabila mencecah 140kmh. Terutama pada jalan yang kurang rata. Pick up rating 3 star.






BMW 318i E46
Nama gah. Stylist. Perfomance sangat baik. Harga untuk model ini merudum oleh kerana kos maintanan yang sangat tinggi. Kebanyakkan sistem engine adalah berasaskan elektronik dan anda perlu menyelenggara kenderaan ini hanya di Pusat Servis BMW sahaja! Sekali tunning mencecah RM300. Itu belum masuk tukar part yang rosak. Bagi aku, kalau nak pakai BMW, anda kena habiskan sekurangnya RM10,000 setahun bagi penyelenggaraan asas sahaja!


Suzuki Swift
Mewah. Stylist dan handling sangat baik. Suspension sangat bagus. Pick up 4 star. Antara dua model Suzuki Swift. Mo
del Suzuki Swift Sport lebih baik dari segi tork engine daripada model biasa. Kalau nak pakai Suzuki Swift, better go to Sport Model. Sangat berbaloi. Tapi harganya mencecah RM100K. Ada berani??



Oleh kerana, aku telah terbiasa menggunak
an kereta jenis berinjin turbo, bila kembali kepada N/A rasanya sangat berbeza dengan cara tork dan kuasa engine pada kereta N/A. Engine N/A sangat lembab dalam situasi non-mods terutama semasa memotong dan menaiki bukit. Bagi aku, aku lebih sukakan kuasa pada engine turbo.

Kalau nak pakai Honda dengan engine V-tec, kos untuk modified sangat tinggi oleh kerana segala part made by Honda sangat mahal. Tiada barang tiruan untuk Honda. Untuk modified piping exhaust sahaja anda perlu sediakan sekurang-kurangnya RM3,000 untuk mendapatkan setting exhaust yang sesuai yang mempercepatkan pembukaan V-tec. Standard engine (halfcut) price for B16A (untuk EG) RM8,000 dan B16A (untuk EK) RM10,000. Itu belum yang Type-R version. Kalau Type-R mahu paling kurang kena sediakan RM15,000 untuk engine sahaja!

Mungkin Nissan Silvia S13 atau Mitsubitsi EVO 6 amat sesuai. Tapi harganya? Dan tahun keluaran sudah agak lama. Tak boleh nak finance. Cash buyer only! Pepun, aku belum fikirkan mana satu yang patut.















Shino said : Kalau kau pandu kereta macam Lembu, kau pandulah kereta apapun sure maintainan jadi besar. Fikir-fikirkan lah.

Labels: , , ,