Pendekar Tahi Ayam

Cakap pasal martial art. Aku pernah juga masuk benda-benda camni. Tapi semua tu hangat-hangat tahi ayam je. Masa aku sekolah dulu, form 4 aku pernah masuk Taekwando. Yuran kalau tak silap dalam RM30 sebulan kot. Dan sifu-sifu yang ajar masa tu ialah sifu India. Kalau nak tanya secara jujur. Aku cakap, ah tak minat.

Then, mama aku suruh stop masuk benda tu. Aku masa tu, boleh diibaratkan
seperti satu tapak tangan mama, sedulang aku tadahkan. Apa tak nya, aku nak kena fokus untuk exam SPM masa form 5. Jadi, baik mak aku hantar aku pergi tusyen dari duk habiskan masa dengan aktiviti tu yang memenatkan. Yelah, masa depan untuk lulus cemerlang SPM lagi penting dari belajar benda tu.

Then, bila masuk Universiti, aku terikut-ikut juga kawan aku, budak silat. Masuk pun sebab aku minat bab-bab ilmu kebal ni. Selalu terpengaruh dengan drama bersiri Keris Hitam Bersepuh Emas, Hati Waja dan lain-lain. Benda-benda jampi, tok-tok guru pendekar, tambahan lagi aku suka Sejarah kot. Takde kaitan pun.

Tapi semua tu kejap je. Sebab aku ni macam takde la fanatik sangat kalau buat sesuatu benda yang aku tak berapa minat. Jadi kesimpulannya, aku takde skill untuk martial art kot. Mungkin seni lain lagi sesuai untuk jiwa aku. Nanti aku huraikan dalam entri seterusnya.

pic by flickr

Labels: , , , ,