Perkahwinan Satu Beban?

Tahniah buat pasangan bahagia Ismail dan Marina
yang telah berumahtangga pada 17 Januari 2009
.

Perkahwinan itu sebenarnya adalah pelengkap hidup kau dan bukan beban semata-mata. Orang kata bila kahwin, nanti duit tak cukup, dah tak boleh nak saving, tak bebas nak enjoy dan macam-macam lagi. Tapi, aku rasa semua tu tak betul.

Sebab yang cakap tu semua tu ialah orang yang belum kahwin. Cuba kau tanya pada mereka yang dah berumahtangga sebab mereka yang alami semua tu. Sila rujuk kepada pakar. Aku bukan pakar bab kahwin ni, tapi bolehlah dikongsi bersama lantaran cerita-cerita kawan-kawan yang sudah berumahtangga.

Setahu aku bila seseorang itu sudah berumahtangga, mereka ini akan memperolehi kebaikan yang sangat banyak yang tak cukup aku rungkaikan dalam ni.

Segala tindakan kau yang sangat beremosi dan terburu-buru akan jadi slow. Kau jadi amat matang dalam melakukan sesuatu tindakan. Sebabnya kau macam ada komitmen dengan family kau sendiri.

Rezeki kau bertambah sebab kau sudah ada dua (2) pintu rezeki yang sedia terbuka. Nanti bila dah ada anak sendiri automatik dah tiga (3) pintu rezeki terbuka. Maka, hidup kau akan jadi lebih senang dari dahulu. Dalam dunia ni, tak pernah ada manusia yang jatuh miskin kalau kahwin. Melainkan mereka yang mencari masalah.

Pahala solat kau meningkat dua puluh tujuh (27) kali ganda. Kalau kau solat sorang-sorang kau dapat satu (1) je.

Segala pengurusan diri kau akan terjaga, disamping kau mendapat teman yang sanggup temani kau sepanjang masa dan menjaga segala hal sakit demam kau selama ini.

Masalah yang kau hadapi dapat diselesaikan bersama-sama. Kerana buah fikiran kau dapat dikongsi dengan seseorang yang kau percaya. Itu yang penting.

Oleh itu, persiapkanlah diri dan tetapkanlah misi dalam kehidupan masing-masing. Semoga berkat dunia akhirat. Amin~

credit untuk Ismail

Labels: , , ,