Selingan Malam


Setiap ahli penduduk diberi jadual dan tanggungjawab untuk mengambil bahagian mengawal keselamatan kawasan taman. Tanggungjawab bersama ini sangat bagus disamping mengeratkan hubungan antara jiran, kaum dan ahli masyarakat.

Oleh itu, aku pun tak terlepas dengan melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Tetapi pada hari minggu sahaja. Program Rukun Tetangga anjuran penduduk taman perumahan ini diwujudkan dengan kerjasama PDRM bagi mencegah segala aktiviti jenayah dari berlaku di kawasan perumahan.

Pondok kawalan atau Post Guard menjadi markas untuk menjaga dan merekod pergerakan lalu lalang kenderaan yang masuk ke taman ini bermula jam 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi. Baju Petronas itu sumbangan Abang Mie. Thanks kepada beliau.

Kapten yang bertugas menjaga kawasan perumahan sangat tekun bekerja menjaga sate-sate yang dibakar. Takut hangus katanya. Salah satu tanggungjawab bersama kami.

Aksi ganas menjaga sate ini dirakamkan dengan penuh bau sate semerbak sehingga jiran rumah sebelah tak lena tidur dek bau sate pada jam 1.30pagi. Maka, penghuni datang tumpang makan sekaki. Katanya, nak join aktiviti malam ini juga. Kalau ada penyamun or penyagak, mereka akan kami salaikan seperti gambar berikut. Sila jangan tiru aksi ganas ini!

Walaupun kami ini sangat sibuk mengawal keselamatan kawasan taman, menyumbang bakti tanpa penat jemu, kami juga sangat pro aktif dalam menjaga kebajikan serta menjaga perut yang perlu diisi. Inilah habuan kami pada malam itu.

Labels: , , ,