Terjamin

Kenapa kerja dengan kerajaan sangat baik jika dilihat dari segi tindakan tatatertib dan kesalahan semasa berkhidmat?

Kes : Ponteng Kerja dan Tak Datang Kerja.
Kes ini takkan buat kau dibuang kerja. Namun, tetap dibayar gaji mengikut hari kau bekerja. Kalau kau tak datang kerja pun, kau akan dapat pencen kalau kau berhenti. Walaupun jumlahnya tak banyak. Bergantung pada Lembaga Tatatertib Jabatan.

Kes : Gila dan Berkelakuan Samseng.
Tindakan tatatertib, mungkin tiada kenaikan gaji dan naik pangkat. Namun, kalau dah datang kerja macam biasa kau takkan dibuang kerja sesuka hati. Alasan ialah kau dah berubah. Boleh dipertimbangkan juga.

Kes : Ambil Dadah.
Payah juga akan dibuang kerja sebab proses hukuman tu melalui beberapa peringkat. Dan akhirnya, kau akan dipertimbangkan. Dinasihatkan berpencen awal. Pencen akan dibayar berdasarkan rekod kehadiran kau ke pejabat semasa kau berkhidmat.

Kes : Terlibat dengan Maksiat.
Paling kuat pun akan tahan gaji, tindakan displin seperti potongan gaji dan halang kenaikan pangkat. Itu sahaja. Takkan dibuang kerja. Boleh dimaafkan juga.

Oleh itu, dua (2) benda sahaja yang kau kena jaga:

Kes : Jenayah Berat
Terlibat dengan kes berat dan kes jenayah berat yang memang dah tak boleh nak cover langsung. Yang menyebabkan kau kena penjara dan hukum gantung sampai mati.

Kes : Rasuah
Ambik sogokan. Ni memang parah. Kalau pecah, sampai kau pencen pun kau akan disiasat. Jadi elak je la dari gejala rasuah ni.

Kalau terjebak memang parah. Jadi jangan dicuba-cuba. Ini bukan benda main-main. Sayangilah pekerjaan anda.

Walaubagaimanapun, kerajaan sangat bertimbang rasa dalam isu kakitangan awam. Kepentingan mereka dan keluarga mereka akan dijaga dengan sepenuh tanggungjawab. Oleh yang demikian, kawan-kawan yang berkhidmat sebagai kakitangan awam kenalah bersyukur dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Labels: , , ,