Tips : Sayangi Kenderaan Anda!

Jangan Gunakannya!
Kurangkan masa memandu kereta anda dengan menaiki public transport, basikal, motosikal atau berjalan kaki. Ia bagus untuk alam sekitar dan baik juga untuk kesihatan serta duit poket anda. Lagi kurang anda memandu, lagi tahan lama kereta anda. Kenyataan ini benar!

Minyak Pelincir

Kadangkala kita terlupa atau tak sempat untuk running kan engine terlebih dahulu
sebelum mula melakukan perjalanan. Samada perjalanan dekat mahupun jauh. Minyak pelincir biasanya akan mula berfungsi selepas engine dipanaskan dengan sempurna. Oleh itu, penukaran minyak pelincir setiap 2,000 - 3,000 km adalah digalakkan.

Kereta Baru

Pastikan memilih kenderaan yang mempunyai jenama
atau reputasi pengeluaran yang baik disamping bekalan alat ganti yang senang didapati. Lagi mewah dan selesa kereta anda, lagi susah untuk dapatkan bekalan sparepart dan tenaga foreman yang mahir untuk beberapa tahun akan datang.

Anggaplah kereta anda seperti tubuh anda sendiri. Oleh itu, sila pandu dengan perlahan dan cermat. Elakkan memandu seperti lembu atau menunggang kuda!

Pandu dengan cermat. Jangan memecut dan membrake dengan tiba-tiba (biasanya wanita) Elakkan memecut semasa engine dalam keadaan sejuk. Biarkan engine running 3 - 5minit sebelum memecut untuk membiarkan pengaliran minyak pelincir di dalam engine sekata. Bagi kenderaan baru keluar kedai, sila amalkan pemanduan tidak melebihi 90kmh sejauh 1,000km dan selepas itu, sila tukarkan minyak pelincir sebelum memandu dengan keadaan biasa. Sila alert dengan warning signal engine yang terpapar pada papan muka dashboard anda. Terutama pada sensor tempretured.

Penyelenggaraan Asas
Lakukan penyelenggaraan berkala seperti penukaran minyak pelincir, oil filter, timing belt, oil gear dan bateri. Apa yang perlu diperiksa? Minyak pelincir, minyak brake, minyak power steering, minyak gear dan radiator cooling. Semuanya harus berada pada keadaan baik dan mencukupi.

Sila Dapatkan Mekanik Yang Boleh Dipercayai
Hubungan yang baik dengan mekanik membolehkan segala keputusan yang anda lakukan terhadap kenderaan anda dapat dilakukan dengan tepat oleh kerana mekanik yang baik akan menerangkan keadaan sebenar kenderaan anda.

Bagaimana Untuk Mencari Mekanik Yang Baik?
Jika anda bertemu dengan mekanik yang anda suka, sila bertanyakan pelanggan tetap di kedai beliau untuk mendapatkan sedikit gambaran. Jika anda orang baru di sesuatu kawasan itu, sila tanyakan kawan-kawan anda berkenaan bengkel yang mereka kunjungi.

Air Masin & Hujan Asid
Jika rumah anda berhampiran pantai, amalkan mencuci kenderaan dengan kerap kerana, udara dan wap garam air laut akan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan dan perkakasan bawah kenderaan. Ia akan mudah berkarat jika dibiarkan.

Simpan Kenderaan
Jangan dedahkan terlalu lama kenderaan anda dit engah sinaran matahari dengan keadaan cermin tertutup rapat. Ini akan menyebabkan segala assesori dalaman kenderaan anda akan mudah rosak dan koyak.
Pastikan ada sedikit pengudaraan.

Perlu Bangga!
Anda perlu bangga mempunyai kenderaan anda sendiri walaupun ia sudah lama. Anda tidak lagi perlu risau daripada dicuri, dicalar atau sebagainya. Apa yang penting ialah anda sudah tiada hutang dengan bank. Jadi, pedulikan apa yang kawan-kawan dan jiran anda cakap pasal kereta anda! Senyumlah pada mereka!

shino said : Jangan biarkan kenderaan anda menyusahkan anda!

Labels: , , , ,