Yakin Dan Percayalah

Langkah kau hebat tapi skill kau tak sampai tahap tu sebab tu kau selalu licking. Suara kau kecil. Tak garau. Sebab tu strength kau tak sampai dan langkah kau sering tak konsisten.

Kalau kau terus rempuh, kau akan hancur. Dah la duit kau hilang, maruah kau pula tercalar. Jadi, aku rasa kau kena redha dengan apa yang berlaku. Kau kena telan benda ni sebagai kesalahan kau juga kerana terlalu percayakan orang.

Sebenarnya, bukan aku tak boleh pandu kau. Tapi kau ni sukar dipandu. Kau ada rancangan sendiri yang kau rasa aku tak diperlukan untuk membantu. Jadi, aku sebagai orang yang hanya nak menolong dan tidak berkepentingan tak akan melebihi kau. Sebab aku ikhlas nak tolong. Bukan apa, sebabnya aku kenal kau siapa. Tapi tak mengapalah.

Sebenarnya kalau kau sendiri yang tak mengalaminya kau takkan tau. Cuba belajar untuk buat sesuatu itu sendiri daripada harapkan orang lain. Aku tengok kau ni nak senang tapi taknak susah. Tolong jangan amalkan cara ni. Harus kau ingat, kesusahan kau akan membina skill kau. Itu yang penting. Jadi dalam dunia ni, yang susah pun kau kena telan, yang senang pun kau kena telan.

Jadi, kalau kau duk pening fikir, kau akan jadi berserabut. Tak guna. Sebab yang buat kau pening tu ialah perasaan kau yang taknak terima keyataan yang kau tu ditipu. Jadi bagi aku, kau tak payah fikir benda yang dah jadi. Baik kau fikir benda yang akan kau tempohi nanti. Dan aku yakin, selepas 100 hari, kau akan ok. Dan kau akan muncul dengan skill yang baru.

Kau percayalah cakap aku.

Labels: , , , ,