Bayar Untuk Puas

Apakah kreateria dalam pemilihan peralatan elektronik yang sesuai untuk penggunaan sendiri? Biasa, apabila membeli sesuatu peralatan elektronik, selalunya kita akan pilih model yang paling latest. Sebagai contoh yang biasa ialah telefon bimbit.

Bila keluar model baru, semua nak tukar. Nak beli yang latest. Tapi adakah barang tersebut berbaloi untuk kita miliki?

Jika dikenalpasti fungsi penggunaan telefon tersebut hanya digunakan untuk membuat panggilan, sms, mms. Jadi, kenapa perlu dapatkan telefon yang mempunyai pelbagai fungsi seperti video call, GPS dan fungsi wi fi serta mempunyai pixel camera yang tinggi? Bukankah ia amat membazir.

Pada pendapat aku, lebih baik kita kenalpasti apakah sebenarnya fungsi yang selalu kita gunakan sebelum memilih sesuatu model yang baru. Aku biasanya akan pastikan semua fungsi yang ada pada barang tersebut digunakan sekurang-kurangnya 70% daripada fungsi yang ditawarkan oleh model tersebut.

Setahu aku, ramai yang memilih telefon bimbit mengikut beberapa kriteria seperti berikut:

1. Sound ringtone yang menarik ( usia pengguna 20 an- 50 an)
2. Stylo dan latest design (usia pengguna 20 an-30an)
3. Easy Wifi ( usia pengguna 20 an - 30 an)
4. Pixel camera ( usia pengguna 20 an)
5. Memori ( usia pengguna 20 an)
7. Grafik paparan menu ( usia pengguna 20 an)

Apepun, kalau dah tebal sangat duit pocket, semua tu tak penting. Janji kau dapat yang kau idamkan cukuplah. So, kau membayar harga telefon bersama dengan harga kepuasan diri dan glemer.

Labels: , , , ,