Bingkisan

Isu 1 :
Jika tersangat suka atau berkeinginan terhadap sesuatu, tetapi keinginan tersebut tidak dapat dipenuhi dan ditunaikan dengan betul. Anda diibaratkan seperti "Seekor burung yang tergilakan sarang" Walhal tiada telur didalam nya. Sangat tidak patut diperlakukan sebegitu.

Isu 2 :
Untuk menjadi seorang yang mudah bergaul, kadang kala kita terpaksa menelan segala pendapat yang diajukan dan bersetuju dengan segala apa yang dicakapkan, samada memberi dorongan dan lain-lain. Walhal, pada dasarnya, kita tidak pernah bersetuju dengan pendapat beliau. Bak kata orang "melayan" adalah langkah paling selamat. Maka, dengan itu, kita akan mudah mendampingi seseorang.

Isu 3 :
Bila ditanya dan ditekan, dia tidak memberikan jawapan. Mungkin ada sesuatu yang tak dapat diluahkan atau terlalu dasyat untuk diluahkan. Maka, dengan itu, dia terpaksa mengalirkan air mata dan menangis sepuasnya. Tanda dia sudah buntu dan taktau untuk berbuat apa-apa samada bersetuju ataupun tidak dengan persoalan yang diajukan. Jadi, kesimpulannya, kena bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin.

Isu 4 :
Bila diarahkan untuk berbincang dan menyelesaikan sesuatu perkara, kemudian, pendapat yang diajukan tidak pernah dipersetujui dan dipertimbangkan. Malah dipaksa menerima cadangan beliau. Nak bincang ke nak bagi arahan? Kompius!

Isu 5 :
Bila dipohon untuk menyelesaikan sesuatu masalah orang lain, dan kemudian, kita dengan tidak sengaja menjadi leading untuk membantu menyelesaikan masalah yang tidak langsung memberikan kepentingan kepada diri. Akhirnya, orang itu lepas tangan. Kesannya, seperti "Melemparkan lumpur ke muka sendiri". Kita pula yang berlebih.

Isu 6 :
Dalam memberikan sesebuah task kerja dan memastikan sesuatu yang diarahkan dapat dilaksanakan oleh pelaksana. Anda perlu membuat counter check dan bagi listing memo kepada mereka ini. Dan satu salinan disimpan sendiri. Bila tempoh yang diberikan telah tamat. Sila bersemuka dan tanyakan kembali apa yang telah diarahkan sebelum ini.

Labels: , , ,