Irama Padang Pasir

Terkenal dengan nama Al-Baladi. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman Al-Baladi. Seorang seniman OKU (Orang Kurang Upaya) yang terkenal dengan muzik dan lagu irama Arab walaupun hakikatnya beliau adalah seorang yang cacat penglihatan.

Apa yang menjadikan beliau sangat dikagumi ialah kerana keunikan alat muzik yang direka khas oleh beliau sendiri. Alat muzik kecapi buluh milik beliau dapat mengeluarkan pelbagai irama muzik seolah-olah sekumpulan pasukan gendang sedang memainkan pelbagai alat muzik tradisional.

Persembahan beliau di Hotel Renaissance, Kota Bharu sedikit sebanyak menghiasi Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Pegawai Kanan. Apa pun, mendengar irama lagu yang pelbagai dapatlah memberikan sedikit kelainan semasa menjamah makanan.

shino said : Ikutkan hati nak panggil Yuna datang perform hehe

Labels: , , , ,