Istana Idaman

Sekarang seperti amat berminat untuk memiliki sebuah kediaman sendiri. Dorongan daripada itu, aku telah membuat survei ke syarikat pemaju untuk mengetahui harga rumah di area Kota Bharu, yang free holder lebih kurang RM210 ribu, manakala untuk bumiputra pula dalam lingkungan RM175 ribu. Rumah teres dua tingkat 4 bilik. Ingat kalau ambil housing loan dari pihak bank waktu sekarang amat bagus.

Sebabnya, BLR bank sekarang rendah oleh kerana ekonomi sekarang sangat gawat. Orang ramai banyak simpan duit dan tak banyak yang nak buat pelaburan or berniaga. Bila check dengan seorang kawan yang bekerja di bank. Rate sekarang ialah sebanyak 3.5%.

Compare dengan loan kerajaan 4.0%. Murah lagi housing loan yang pihak bank tawarkan. Tapi, yang tak bestnya, loan perumahan dengan pihak bank BLR selalu akan berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Sehingga suatu ketika, ia boleh mencecah sehingga 5%. Fikir-fikir pula, baik ambil loan kerajaan yang 4.0% flat tu. Tetapi, peluang ni sekali seumur hidup, jangan sia-siakan.

Tetapi berbaloi ke jika membeli sebuah rumah pada masa sekarang? Ikutkan kadar insuran yang ditetapkan, masa umur muda inilah kadarnya sangat rendah. So, better beli rumah sekarang. At least bila dah pencen, rumah tu sure dah abis bayar. Nilainya pula sangat tinggi. Lojik juga. Tak pun boleh je dibuat sewa. Tapi make sure kawasan tu adalah kawasan yang ada potensi akan membangun. Kalau kat area Kota Bharu ni, rasanya area Kubang Kerian sangat berpotensi.

Bila diselidik, jika beli satu lot teres 2 tingkat dengan harga RM175 ribu sudah pasti jika rumah tu siap dibina sepenuhnya ia mungkin mencecah harga sehingga RM250 ribu kurang dari 7 tahun. Tapi, masalahnya orang kat Kelantan ni susah sikit nak membeli rumah dengan nilai RM250 ribu. Sebab kata mereka, dari beli yang dah siap RM250 ribu baik bina rumah banglow atas lot tanah sendiri. Lagi jimat dan lagi mewah.

Selain itu juga, market untuk rumah yang RM175 ribu (bukan free holder) sangat terhad kerana ia tidak boleh dijual kepada bukan bumiputra. Jadi, macam tak berbaloi juga untuk membelinya sekarang. Kena buat survei dan dapatkan banyak lagi info.

shino said : kena cari banyak lagi info ni.

Labels: , , , ,