Kasut Tumit Tinggi

Kasut tumit tinggi kalau dipakai memang cantik. Bila berjalan, perempuan itu akan nampak mengiurkan. Tapi sebenarnya, ia sangat sakit dipakai pada mereka yang kurang biasa. Tambahan pula kalau berjalan pada jarak yang jauh. (Orang yang cakap bukan aku cakap, sebab aku tak pakai kasut tumit tinggi)

Kes ini seperti yang berlaku pada seorang kawan aku. Kesian beliau kerana melecet disana sini. Namun, tahniah juga kepada beliau kerana menguji ketahanan kasut tumit tinggi kesayangan beliau. Beliau bukannya tak biasa, mungkin sebab kasut tumit tinggi bukan dicipta untuk keselesaan berjalan. Ia lebih kepada penampilan dan gaya. Siapa setuju sila angkat tangan?

Bila cakap pasal gaya ni, kasut tumit tinggi juga menjadi pilihan kepada mereka yang akan hadir temuduga, majlis keraian dan majlis kebesaran. Malah ia kebanyakkan digunakan oleh wanita yang bekerja. Terutama kerja di pejabat atau seangkatan dengannya.

Secara pemerhatian lojiknya, adakah wanita yang bekerja mengelap cermin bangunan memakai kasut tumit tinggi semasa bekerja? Dan adakah peniaga sayur di pasar Siti Khadijah kebanyakkan memakai kasut tumit tinggi semasa berniaga? Jawapannya hanya korang saja yang tau.

shino said : Orang cakap kalau taknak kaki melecet, gigit kasut tu sebelum pakai.

pic by flickr

Labels: , , , ,