"Kocek Seluarku Rabak"

Sejak declaration for selling my Wivo. Macam-macam probs terjadi pada Wivo kesayangan aku. Dan yang last sekali memang amat perit untuk aku telan. Nampak gayanya melayan lagi duit saku simpanan aku.

Peristiwa bersejarah berlaku semasa on the way balik kampung. Kelajuan kenderaan adalah selaju 165 KMH jalan Tok Bali. Selesai memotong dan memecut merasai kekuatan jentera EVO ini, akhirnya satu bunyi yang pelik umpama layang-layang terputus tali tangsinya. Selepas itu, kereta meluncur dengan perlahan ekoran sudah tiada kuasa lonjakan turbin Turbo TD05 milik Evo 3.

Aku panik. Kereta dikawal dengan baik dan akhirnya ia mula perlahan dan aku berhenti di tepi jalan. Firstly aku fikir maybe engine dah blow. Melayan RM8500. Setelah di periksa secara sendiri dengan kemahiran yang ada akhirnya aku dapati terdapat retakan di sebelah pulley cam cover. Masyallah, kealpaan aku menukar timing belt pada masa yang ditetapkan mengundang seribu bencana.

Guarantee bar engine aku patah, valve cover (head) sure kena bukak dan itu pun belum tentu barang tu sahaja yang rosak. Adoi. Dalam kepala aku dah fikir aku akan kehilangan RM1K untuk pembaikan ini. Kalu buatnya crank shaft bengkok. Mau habis dekat RM2K.

So, kereta memang dah tak boleh nak start. Apa lagi, contact sorang kawan. Dan akhirnya 1st time dalam sejarah my Wivo naik truck tunda. Lori tunda tiba dan perjalanan adalah ke sebuah bengkel milik kawan aku di Kota Bharu. Upah tunda sure kena bayar RM300. Itu dah sure on the spot kena bayar kepada truck tunda. Bukak wallet, ada RM500. Ingat nak gi bank in duit tu. Nampaknya, dah takde rezeki. Nasib lah.

Jadi, kesimpulannya janganlah mulut tu celupar sangat sebut nak tukar kenderaan jika anda berhampiran or tengah memandu "beliau". Bukan nak percaya tapi itulah hakikatnya.

Shino said : Terbanglah kau wahai duit..huhuhuhu

Labels: , , , ,