Lari Dari Masalah

Larikan diri dari masalah. Bukan suatu langkah bijak. Sebab cara sebegini akan menyusahkan orang sekeliling kau.

Kita kena belajar terima kenyataan dan kesalahan yang telah kita lakukan bukannya melarikan diri. Sebab kalau kau larikan diri pun, kau takkan untung satu sen. Malah hidup kau sendiri akan jadi lebih susah dan masalah kau akan lagi bertambah.

Sebagai contoh, kau dah salah termakan duit orang. Kau larikan diri dan hilangkan diri dengan tujuan, masalah itu akan selesai dengan cara sendiri. Bila jadi camtu, mak bapak kau sendiri akan susah hati.

Pertama kau dah buat masalah dengan orang yang kau pinjam duit. Kedua kau buat masalah dengan family kau. Ketiga, kau akan buat masalah kepada sedara mara kau.

Masalah ini akan berlarutan sehingga kau sendiri terpaksa selesaikan semuanya yang dahulunya kecil. Tetapi oleh kerana kebodohan dan keegoan kau yang tinggi menggunung, kau jadi makin bodoh dengan segala tindakan kau yang memang sah tak masuk akal. Bila dah jadi gitu, kau akan jadi makin tak guna. Sebab kalau kau ada pun, kau akan menyusahkan orang.

Apa sebab kau lari?
Ini adalah kerana sifat ego kau yang taknak terima kesalahan yang kau lakukan. Percayalah kalau kau larikan diri, sampai bila pun kau takkan senang. Sebenarnya, kita takkan dapat lari dari masalah sendiri. Tak kiralah apa saja yang kau buat, kau takkan dapat lari dari masalah yang kau cipta sendiri. Kalau kau mati sekalipun, masalah kau tu akan berlarutan kepada orang yang ada hubungan saudara dengan kau pun akan membenci kau dan benda begini akan dikenang sampai bila-bila. Kau nak ke macam tu?

Oleh itu, pada aku, kau kena terima dan telan kesalahan kau untuk selesaikannya. Apa yang penting sekarang, kau kena juga hadapi masalah itu, dan selesaikannya bukan dengan cara melarikan diri. Itu sahaja jalan terbaik yang kau ada.

shino said : Pilih la cara mana. Nak puas ke, nak menang or nak selesai?

pic by flickr

Labels: , , , ,