Memilih Calon

Dalam memilih pasangan hidup, apa sebenarnya yang perlu diutamakan dalam pemilihan calon isteri? Kalau mengikut Islam adalah agama, keturunan, rupa paras dan hantaran atau mas kahwin yang termurah.

Mula-mula, adakah dia menunaikan solat lima (5) waktu? Adakah dia bertudung
dan menutup aurat? Jika benar. Maka, ia LULUS.

Adakah dia berasal daripada keturunan yang baik atau daripada keturunan yang buruk dan lain-lain? Jika tidak, maka ia LULUS.

Adakah rupa paras beliau memberi tarikan kepada anda? Sebagai contoh, orangnya simple, berlesung pipit dan sebagainya yang boleh menarik perhatian anda. Kalau benar anda tertarik, maka ia LULUS.

Adakah mas kahwin atau hantaran yang dinyatakan mengikut kemampuan anda? Dan jika hantaran atau mas kahwin yang ditetapkan adalah tinggi bagi anda, adakah boleh ditawar menawar? Jika ya, maka ia LULUS.

Dalam Islam segalanya senang, kalaulah anda setuju untuk memberi hantaran sebanyak RM30,000 dan wang hantaran itu tidak langsung membebankan anda, ini bermakna ia mengikut kemampuan anda dan tidak memberi masalah langsung kepada anda. Sebagai contoh, hantaran atau mas kahwin yang tinggi tidak akan memberikan kesusahan kepada anda jika anda seorang jutawan.

Bagaimana pula dengan sikap yang baik untuk dijadikan calon isteri?
Pastinya sifat keibuan seperti sabar dan penyayang menjadi tonggak utama. Namun, kriteria seperti rajin mengemas rumah dan memasak perlu juga dititikberatkan. Ini adalah penting bagi menguruskan hal keluarga termasuk suami dan anak-anak kelak.

Seorang perempuan yang beriman iaitu akan selalu mendoakan kerahmatan keluarga termasuk juga suami. Dia boleh memberikan tunjuk ajar dengan penuh keislaman kepada anak-anak dan juga suami.

Seorang perempuan yang menjaga segala makan dan pakai suaminya dan memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih. Maksudnya disini ialah dengan penuh kerahmatan.

Seorang perempuan itu mestilah seorang yang penyabar dengan karenah anak-anak yang nakal. Maksud di sini ialah sabar berikhtiar agar menjadikan sesuatu yang buruk kepada yang baik dan yang baik akan menjadi bertambah baik. Sifat sabar ini mestilah seiring dengan tawakkal.

Tetapi, kalau nak cari yang betul-betul perfect atas dunia ni memang takkan jumpa. Sebab setiap orang akan ada kelemahan dia sendiri. Begitu juga dengan lelaki. Jadi, kesimpulannya, sangat sukar untuk bertemu dengan calon isteri yang baik. Kemana perginya mereka ini?

Bagaimana pula dari segi tanggungjawab kepada suami?
Sebenarnya janganlah kita mengharapkan sesuatu benda yang kita dapat itu siap sepenuhnya atau sudah ready made. Sedangkan kereta pun perlu diubahsuai untuk kelihatan menarik. Jadi, seorang suami adalah ketua keluarga dan akan memimpin isteri dan anak-anak. Kalau semuanya dah ready made, maka tak perlulah jadi suami menjadi ketua.

Kalau isteri berpakaian sexy, memang cantik dipandang tetapi sebenarnya suami yang akan menanggung dosa. Kalau anak sendiri pula tidak menutup aurat, suami juga yang menanggung dosa tersebut. Kalau isteri tidak memakai tudung, suami juga yang akan menanggung dosa.

Berat sebenarnya tanggungjawab suami ni. Itu belum lagi menanggung dosa diri sendiri. Sebab itulah syurga isteri terletak dibawah tapak kaki suami. Tak pernah Rasanya tak pernah saya dengar pernyataan ini. Tetapi hakikatnya memang betul. Oleh itu, isteri yang derhaka kepada suami takkan mendapat nikmat syurga. Kalau nak cakap betul atau tidak, saya sendiri pun taknak komen sebab ini sudah dikira sebagai hukum. Tapi yang pastinya isteri kena taat pada suami.


shino said : Pilihlah yang tak menyusahkan kita didunia dan akhirat.


pic by flickr

Labels: , , , ,