Offer Atau Paksa?

Sewaktu menikmati air kelapa muda di tepi pantai. Kami didatangi oleh seorang tua. Janggut putih berketayap. Macam Pak Aji. Membawa sebuah beg. Rupanya, beliau cuba menjual cincin.

Si Tua :
Tengok cincin ambo, hok mano kenan ambik la muroh-muroh..Hok batu biru RM50, hok ni merah ni delima RM70. Hok tangan ni kalu minat ambo jual RM300. (sambil tunjukkan beberapa bentuk cincin di jari beliau)

Kawan:
Kawe dok pakai cincin-cincin ni boh....tok minat. Mitok maaf banyok deh.

Si Tua:
Kalu gitu gak wat mari RM5 belanjo ambo minum. Kalu nak saing lamo gak. Derasss laa wat mariiii lah RM 5 tu.. (desak beliau pada kawan aku yang duk semeja)

Aku:
Aii kawe tak dok pitis nak bui-bui ni. (natang ni nok pau ke?) Demo jual cincin demo tu takkan takdok pitis nak bayar minum air.. owww dok rok eh! Cincin kat jari tu rego beratus tokkan minum air pun tokleh bayar..

Si Tua:
Amboo ponnn banyok pitis doh ehhhh! (jawab beliau bengang, sambil mengeluarkan duit beberapa keping RM50 dan kemudian meninggalkan kami)

Cilakak betul.. Ada ke jual barang macam tu..? Memang takda etika langsung. Kalau betul orang susah nak juga aku hulur. Tapi, tengok macam gaya tu. Buat aku rasa meluat je.

Shino said : Loghat kelate.. paham ke? Ni versi loghat kelate hehe

Labels: , , , ,