Pembedahan Wivo Selesai

Selepas waktu pejabat seorang kawan menelefon dari bengkel. Akhirnya, selesai juga Wivo dibaikpulih. Setelah menjalani pembedahan bahagian jantung dan paru-paru Wivo selama dua (2) hari.

Bila dikesan,
di dapati 16 batang Bar Valve bengkok. Ia hampir menusuk piston engine. Nasib baik. Kalau tembus piston, jawabnya, banyak lagi kos yang akan aku tanggung.

Kalau dah 16 batang bengkok. Jawabnya semua kena ganti baru sebab semuanya ada 16 sahaja. Seperti biasa parts yang menjadi keutamaan ialah dari jenis Genuine Mitsubishi. Made in Japan. Ini penting untuk ketahanan engine dan mengekalkan prestasi optimum Wivo. Bak kata orang, "Alah membeli menang memakai"

Selepas selesai pemasangan dan ke semua bahagian engine dicantumkan. Akhirnya, buat pertama kalinya, aku mencuba kembali tork engine Wivo. Sangat Smooth dan senyap. Kuasa lonjakan sangat memuaskan. Dan aku terus selesaikan segala kos tersebut.

Pejam mata kasi je duit. Ini dah macam kos tetap kena tanggung. Maka, dengan rela aku terima wang belanja untuk Wivo RM1,180.00 sahaja. Amin. Maklumla dah repair. Bila-bila pun kena repair. Sebab dah terlanjur dan apapun terjadi Wivo harus diselamatkan juga.

Shino said : Pejam mata hulur...

Labels: , , , ,