"Mas Kahwin adalah pemberian wajib dan ikhlas lelaki kepada perempuan yang ingin dikahwini. Ia berbeza mengikut negeri dan taraf hidup negeri masing-masing"
- : ulasan daripada seorang kawan di JAIJ.
Benar seperti Insyirah katakan. Tetapi soalnya apa yang dibincangkan pada entri yang lepas ialah berkenaan Hantaran Perkahwinan dan bukan Mas Kahwin. Sila jangan keliru.Bagi pendapat Fatin nabila pula : (sila click untuk besarkan)
(sila click untuk besarkan)Manakala, bagi belanja majlis kenduri pihak perempuan, biasa mereka menggunakan modal berasingan dengan hantaran kahwin dari pihak lelaki ataupun mana yang patut.
Maka, dengan sebab itulah, majlis kenduri dirumah pihak perempuan berkonsepkan  "Walaimatul Urus". Mungkin bertujuan untuk menampung kembali kos majlis yang diadakan. Manakala, majlis dirumah pihak lelaki pula, ia lebih kepada "Majlis Kesyukuran" atau bergantung kepada keluarga pihak lelaki.Walaupun begitu ia terpulang kepada negeri dan adat tradisi penduduk setempat itu. Jadi, tiada halangan ke atas semua itu. shino said : Yang paling penting sekali ialah akad nikah. Tak gitu?