Perkahwinan Suatu Perniagaan? : Episod 3

Sebenarnya dalam isu yang lepas, tiada unsur untuk memalukan or mengaibkan sesetengah pendapat. Tetapi ia lebih kepada perbincangan dan pandangan masing-masing. Jadi, dalam soal ni. Tiada apa yang perlu dijelaskan. Cuma apa yang saya utarakan adalah sebagai info yang boleh dikongsi bersama untuk memberi lebih pendedahan berkenaan isu hantaran dan mas kahwin.

Sila faham, dan saya tidak berniat untuk mengaibkan beberapa pihak berkenaan pernyataan yang mereka lontarkan. Terpulanglah kepada pandangan masing-masing. Tetapi, apa yang saya jelaskan dalam isu yang lepas adalah perkara fakta yang harus dijelaskan untuk pemahaman semua.

Apa yang dapat dirumuskan di sini ialah :

Mas Kahwin : Pemberian wajib dan ikhlas lelaki kepada perempuan yang ingin dikahwini dan ia berbeza mengikut negeri dan taraf hidup setempat yang ditetapkan oleh JAKIM setempat.

Hantaran Perkahwinan : Jumlah pemberian yang ditetapkan oleh individu atau pasangan yang mana ia bergantung kepada jumlah yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Shino said : Salah faham tentang isu ini adalah biasa. Bukan benda pelik.

Labels: , , , ,