Perkahwinan Suatu Perniagaan?

Sebenarnya apakah kriteria jumlah hantaran kahwin yang sesuai? Tiada jawapan yang khusus untuk hantaran kahwin. Adakah harga emas juga mempungaruhi hantaran sesebuah perkahwinan seperti kata untie the life of cikgu sue?

Pada pandangan aku, hantaran perkahwinan dipengaruhi oleh kemampuan pihak lelaki semata-mata. Malah pada zaman Rasulullah pun hantaran hanyalah sebuah kitab Al-Quran sahaja.

Isunya apakah harga semasa? Banyak faktor mempengaruhi sebenarnya. Seperti faktor ekonomi, harga barang dan sebagainya. Kalau tak mampu nak berbelanja besar cukuplah dibuat hanya sekadar kecil-kecilan. Majlis kenduri adalah syarat untuk melengkapkan proses perkahwinan yang mana bertujuan untuk menghebohkan sesebuah perkahwinan itu untuk mengelakkan fitnah dan sebagainya.

Zaman sekarang, ada segelintir masyarakat amat mementingkan hantaran kahwin yang nilai sehingga mencecah puluhan ribuan ringgit. Oklah pada mereka yang mampu. Tapi, hasilnya? Adakah dengan nilai sebanyak itu boleh menjamin kebahagian sesebuah pasangan? Bayar lebih, bahagia lebih? Oh bagi aku, itu sangat tidak tepat.

Ini adalah kerana beberapa sebab :
Pihak lelaki akan sanggup membayar hantaran pihak perempuan seberapa banyak mungkin oleh kerana kasih dan keinginan pihak lelaki untuk memperisterikan perempuan yang dikasihi. Adakah pihak perempuan tidak akan sudi diperisterikan oleh kerana pihak lelaki oleh kerana tak mampu bayar nilai yang ditetapkan?

Jikalau, lelaki tersebut tidak berkemampuan sebanyak itu, maka berlaku proses pinjaman samada dari Institusi kewangan yang sah atau sebaliknya. Maka, pada akhirnya, pasangan tersebut akan dihujani oleh hutang yang terpaksa ditanggung oleh lelaki yang juga bertindak sebagai suami kepada perempuan itu. Isunya, sanggupkah mereka itu membayar kembali hutang pinjaman yang berkali ganda bunganya?

Isu kedua ialah pandangan orang terhadap sesuatu hantaran. Yang mana, lagi tinggi hantaran, lagi glemerlah pasangan itu di mata masyarakat dan saudara mara. Dalam tak sedar, sudah timbul perasaan bermegah menunjukkan kekayaan kepada semua orang. Sifat riak dan takbur ini sangat dimurkai oleh Allah S.W.T

Kalau letak RM20,000 sekalipun, tahun depan ada lagi yang lebih tinggi. So, benda ni takkan kekal lama. Ia lebih kepada sifat menunjuk-nunjuk semata-mata.

Jadi, bagi aku, nilai sesebuah hantaran itu hendaklah berkadar langsung dengan keperluan majlis, dan kos lain yang berpadanan. Bukan harga sembelih. Tapi harga modal. Oleh itu, sila jangan jadikan "perkahwinan itu adalah suatu perniagaan" yang menguntungkan.

Soalan: Apakah harga pasaran hantaran sekarang? Sebenarnya, tiada jawapan untuk persoalan itu.


shino said : Seminggu ni memang banyak sangat majlis kenduri kahwin.

pic by flickr

Labels: , , , ,