Rutin Yang Membosankan

Kes Pertama :
Surat yang telah siap di draft, setelah 1 jam menunggu masih belum siap-siap. Bila kembali kepada jurutaip. Mereka tiada ditempat duduk. Kata yang lain, dia sudah keluar minum.

Kes Kedua :
Arahan kepada seorang Chef Cleark supaya membuat panggilan telefon kepada pembekal untuk membuat pesanan dan meminta dokumen kewangan berkaitan. Sehingga petang, bila ditanya kembali, dia menjawab dengan ringkas: "Oh..terlupa, sorry!"

Kes Ketiga :
Memanggil Store Keeper bagi menyelesaikan beberapa perkara remeh yang tak patut diterangkan satu persatu. Kemudian, sangat berang dengan beliau. Akhirnya, memberi ceramah free panjang lebar dan list kerja yang patut diselesaikan secara lisan dengan kadar segera. Bila selesai membebel, dan ditanya dengan kembali apakah yang dicakapkan tadi? Dia menjawab : "Lupa la, sebab tak sempat nak salin"

Kes Keempat :
Sebanyak 31 dokumen telahpun selesai ditandatangani. Tetapi masih belum dapat diproses oleh kerana staff selalu bercuti dan tiada di pejabat. Kalau hadir office pun, selalu hilang semasa diperlukan. Macam chipmore!

Kes Kelima :
Bila ditanya berkenaan minit mesyuarat yang dicatit oleh pencatit minit yang dilantik, beliau menjawab : "Saya tak pandai nak buat minit mesyuarat" Selepas seminggu lepas mesyuarat diadakan.

Kes Keenam :
Waktu pagi meminta seorang kerani draftkan satu surat peringatan kepada tiga (3) orang yang gagal menyelesaikan beberapa kerja yang tertunggak selama dua (2) minggu. Tetapi hairan sebab sehingga waktu hampir tamat waktu kerja, surat itu belum dapat disiapkan. Katanya, "Besok je lah sebab harini dah tak sempat, nak balik ni"

Kes Ketujuh :
Meminta seorang saved kan satu dokumen ke dalam pendrive untuk disemak kembali. Namun, beliau menjawab : "Pendrive haritu, anak saya pakai, nak satu lagi boleh tak?" Padahal barang tersebut telah diberikan untuk beliau menyelesaikan kerja seharian.

Kes Kelapan :
Bila diminta menaip sepucuk surat yang telah siap disemak. Tetapi, masih berlaku kesilapan "typing error" sebanyak berkali-kali dengan kesalahan yang sama. Sepucuk surat dengan jumlah perkataan tak sampai 30 patah perkataan dapat disiapkan dalam masa 1 JAM!

Shino said : Sabo je lah!

Labels: , , , ,