Seharian

Harini sangat sibuk, dah masuk setengah tahun tapi belanja peruntukan pembangunan belum mencecah nilai 50%. Semuanya stuck akibat proses sebutharga yang dibuat. Bukan apa, kenapalah kontraktor ni tak reti-reti nak isi borang Lampiran Q. Takkan sebelum ni tak pernah hadir taklimat projek kot? Ke lesen terbang ni? Or lesen pinjam? Dah penat bagi briefing pun still buat kesalahan sama.

Bila jadi gitu, terpaksalah sebutharga tersebut ditolak oleh kerana kesalahan yang remeh temeh camtu. Maka, kesannya, lambat la proses nak belanjakan duit tu. Nak kena panggil semula dan arrange kan masa dengan bahagian kejuruteraan.

Lantaran rangsangan ekonomi oleh PM yang mana bayaran 10% pendahuluan perlu diberi kepada kontraktor yang telah berjaya. Prosedur baru ni. Sebelum ni tak pernah pulak buat bayaran sebelum kerja disiapkan. Jadi, terpaksa rujuk pada AG untuk dapatkan pengesahan. Macam mana nak buat bayaran. Ummp tau kot? Nanti aku refer dengan budak ni. Eh dia dah tua sekarang. Lupa hehehe

Start jam 9.00 pagi sampai jam 6.30 petang. Barulah semuanya selesai. Sebanyak 30 sebutharga yang telah tamat berjaya dibuka sepenuhnya. Turun lift baru perasan. Eh harini hujan?

Labels: , , , ,