Siapakah Dia...?

Adakah kerana rupa paras? Boleh bahagia ke kalau dengan cantik je tapi menyusahkan? Siapalah yang tak suka if boleh bersama dengan perempuan yang cantik. Tapi bagi aku, first impression if rupa. Bila kenal hati budi dan cuba untuk melakukan sesuatu bersama, ia akan menunjukkan sesuatu pandangan yang mana kadangkala rupa paras bukan lagi menjadi benda utama.

Masa tu, kita akan rasa seperti hell. Kadangkala cara dan perilaku beliau mungkin menyebabkan kita sakit hati dan menjadikan dia bukanlah sangat special untuk dimiliki. So, ia tidak mendorong apa-apa untuk membina hubungan bahagia.

Setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Oleh itu sila jangan memandang rendah hanya oleh kerana rupa sahaja. Mungkin, budi dan baik hati menyebabkan kita akan tertarik kepada mereka ini. Malah sikap yang tak banyak karenah, tenang dan penyabar sangat menarik perhatian aku.

Bagi aku, memiliki seorang gadis yang mempunyai sifat penyayang, penyabar dan sangat sporting serta tidak terlalu cerewet menjadi asas untuk menjadikan calon isteri. Rupa biasa-biasa dah la. Nak sangat cantik pun susah nak maintain. Lagipun perempuan cantik ni banyak juga keburukannya. Aku takkan ulas di sini.

Sebenarnya, aku sangat sukakan perempuan yang happy go lucky, tak moody, cool, penyabar, penyayang dan sangat tenang malah boleh menjadi kawan rapat. Kadangkala sifat ini menyebabkan perasaan sayang yang membuak-buak kepada beliau.

Shino said : Girls are like stars, there are millions of them, but only one can make your dreams come true.


pic by flickr

Labels: , , ,