Stokin Boleh

Seorang kawan bertanya. Bolehkah memakai stokin semasa menghadiri sesi temuduga?

Aku cakap:
Tak kisah kot sebab penemuduga tu bukan nak tengok kaki. Lain la kalau penemuduga tu nak cari bini.

Seorang menjawab:
Stokin yang panjang yang jaring-jaring hitam macam net tu? Eish seksi nya! Dalam otak budak ni memang dah set stokin yang paras peha ala penari kelab malam. Wah. Jawapannya ialah tak boleh. Sebab seksi dan menganggu emosi penemuduga lelaki.

Seorang menyampuk:
Stokin hijau or kaler cream macam ala wanita tudung labuh tu. Oke aku rasa. Pakai dengan flat sandal tapi bukan dengan selipar jepun.

Seorang berkata:
Eh pakailah. Mana hensem tak pakai stokin kalau dengan kasut office. Err..masalahnya yang nak pergi interview ni lelaki or perempuan yang korang bincang ni?

Dua-dua menjawab:
PEREMPUAN!! Ini akibatnya jika tak bertanya sebelum mengemukakan pandangan.

Orang ketiga itu akhirnya tersipu-sipu malu macam kambing terhidu nangka.

Isunya:
Adakah pemakaian stokin akan dipertikaikan?
Semua setuju stokin bukan isunya. Janji stokin tu takde bau yang boleh mengalahkan perfume bilik interview berhawa dingin. HAHA

pic by flickr

Labels: , , ,