Ucapan

"Penjawat awam perlu dilihat memberikan khidmat yang menyenangkan rakyat. Ini kerana sebab musabab atau raison d'etre kepada kewujudan perkhidmatan itu sendiri adalah untuk mengkhidmati rakyat.

Kepuasan hati rakyat adalah tanda aras utama kepada kejayaan sektor awam. Dalam hal konsep rakyat diutamakan ini, marilah kita merenung sirah Rasulullah SAW sebagai pemimpin yang agung, betapa Baginda dengan prihatinnya meletakkan keutamaan yang tinggi kepada kepentingan dan kebajikan masyarakat sehinggakan disaat-saat akhir riwayat Baginda, kalimah yang diucapkan adalah "umatku, umatku, umatku".

Jadinya, saya merasakan bahawa kita perlu mengambil pengajaran dan kepimpinan Rasulullah yang sangat kasih dan penyanyang kepada seluruh umat menelusuri kepimpinannya dalam tamadun Islam yang sungguh menakjubkan itu. Moga, dapatlah kita berikhtibar daripadanya dalam mengangkat kepentingan rakyat dalam khidmat masing-masing."


- Petikan ucapan Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib B. Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia 28hb April 2009

shino said : Konsep satu Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Labels: , , ,