Erti Sebuah...

Dalam masa mencari sebuah erti kehidupan dan kebahagian, aku rasakan kehidupan ini amat bermakna jika diisi dengan sesuatu yang membahagiakan. Bukan bererti aku tak cukup bahagia dengan hidup aku sekarang, tetapi sesuatu kejadian atau perkara yang berlaku sering menjadikan aku berubah mengikut keadaan semasa yang mana aku cuba mengadaptasi sesuatu yang baru aku alami.

Semakin banyak kesalahan dan kesusahan yang dialami semakin banyak pengalaman yang akan kita perolehi. Dalam mencari kehidupan yang nyata, ia sangat berbeza dengan apa yang diimpikan. Kau takkan selalu mendapat apa yang kau idamkan. Begitu juga dengan segala impian yang kau cipta sendiri. Ia adalah ilusi yang memberikan kau semangat untuk mengejar semua itu.

Itulah dipanggil kehidupan, semakin lama, semakin berusia. Dan kedut dimuka melambangkan sejuta pengalaman dan darjat usia kau mengharungi kehidupan. Tetapi, aku tetap tersenyum. Ia adalah boneka semata-mata yang tak pernah menyusahkan sesiapa yang cuba mendampingi. Maka, dalam cuba berpura-pura untuk bahagia, ia banyak menguji tahap kesabaran diri sendiri. Tetapi aku berjaya. Ia memberikan seribu makna tersirat untuk diri sendiri.

Labels: , , ,