Hilang

Pertama kalinya sejak sekian lama berblogging. Aku mula rasa malas nak menulis. Bukan takda idea tapi cara penulisan aku seringkali akan berubah mengikut mood.

Bila aku cuba tulis sesuatu, aku rasa seperti wajarkah aku menulis begitu? Bak kata orang, aku dah mula hilang keyakinan untuk menulis lagi..

Apa sebenarnya yang berlaku? Setiap patah kata yang cuba aku coretkan dirasakan seperti sampah yang aku rasa ia tidak memberi apa-apa makna untuk ditulis. Pada masa itu, aku mula fed up. Maka, aku harus berhenti. Dan kemudian membuka minda untuk menulis lagi...

Wahai angin, kau bawalah ia terbang...

Labels: , , ,