Katakanlah..

Adakah dengan bercerita atau bercakap boleh menenangkan jiwa? Tetapi dalam suatu masa ia juga banyak mendedahkan segala kekurangan diri secara tidak sengaja.

Semasa bercakap kebanyakkan point yang diusulkan adalah seperti perkara melucukan, hal peribadi, perasaan dan hal semasa. Tetapi kadangkala kalau terlebih cakap, anda akan tersalah cakap. Ia bermakna anda sudah terlajur cakap. Dalam tak sedar, ia akan menguriskan hati dan perasaan seseorang.

Bak kata orang "Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya" Inilah kesannya kalau bercakap tanpa berfikir.

Namun, ia tak juga beerti, "Diam Tanda Setuju". Mungkin "diam" itu boleh ditafsirkan seperti keadaan sedang berfikir, buntu, mendengar atau mungkin juga bersetuju tetapi sangat malu untuk diluahkan.

Maka, timbul pula bahasa badan. Jika sangat mahir membaca bahasa badan, nescaya senanglah sesuatu situasi itu ditafsirkan. Tetapi bukan mudah sebenarnya untuk memahami segala perilaku yang ditonjolkan. Lebih-lebih lagi mereka yang kaki boneka dan berpura-pura.

Shino said : Betul ke lidah tak boleh bohong? :)

Labels: , , ,