Laknat Kaki Penipu

"Setakat dia tu, senang-senang je aku tipu. Sebab dia tu tak cerdik bagi duit kat aku. Nasiblah sebab dia tu bodoh sangat!"

Sebenarnya, sangat malanglah nasib orang yang menipu tu. Oleh itu, sila jangan rasa diri itu sangat hebat kerana berjaya menipu orang (putar alam).

Dah lah, orang yang menipu tu sangat malang. Lepas tu, yang bersubahat tu dua kali ganda malangnya. Kalau dah memang zahirnya kaki putar belit dan kaki menipu, kalau ajar pun tak guna. Tapi ingat lah.

Kalau orang yang ditipu itu berdoa dan berniat :

"Aku bersumpah dengan nama Allah, Aku takkan halalkan satu sen pun duit tu dan kalau ia sudah termakan dan jadi darah daging mu, anak-anak mu, keturunan mu, aku takkan halalkan semuanya dan aku berdoa supaya mu sengsara dan mendapat kesusahan di dunia dan akhirat. Kalaulah mu mati sekalipun, Aku takkan halalkan dan biarlah mu tanggung semua tu"

Kalau buat masalah dengan orang ni, hidup takkan aman sampai bila-bila. Rezeki yang kau makan dengan duit HARAM tu, akan jadi darah daging kau. Lepas tu, semua anak keturunan kau yang mengalir dari darah daging kau tu takkan berkat.

Hidup kau takkan berkat dan sering ditimpa malang. Tak kena esok, lusa. Tak lusa, bila-bila lah. Buatnya mati esok, tak sempat mintak maaf, kau jawab lah semua tu dengan Allah. Sebab kalau buat jahat dengan orang ni, nak dapat pengampunan, kena mintak maaf dengan orang juga. Tapi yang pasti orang yang kena tipu takkan duduk diam. Dia akan ikhtiar sampai dapat.

Kalau buat dosa dengan orang ni, kalau sampai mati pun orang tu takkan maafkan. Kau tanggunglah semua nanti. Sebab Allah ni satu sahaja. Lambat laun kena juga balasan.

Hidup kau tu lama lagi, muda lagi. Banyak lagi benda kau nak buat. Tapi kerana nasib malang kau yang suka menipu. Kau pasti akan terima balasan. Kau tengok lah nanti. Cerita penipuan kau ni akan jadi sejarah, sejarah keluarga dan keturunan kau. Sejarah ini akan diceritakan sampai bila-bila.

Sangat malanglah mak bapak kau yang melahirkan anak yang kaki penipu. Lebih-lebih lagi kalau yang ditipu tu adalah sanak saudara kau juga. Mereka akan kenangkan kau, dan ia memberi kesan yang tak mungkin hilang sampai bila-bila.

Labels: , , , ,