Puaskan Semua


"Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa"

Kalau baik sangat, pun salah juga. Dalam 1 biji kek. Hendak dibagi 23 orang memang sangat susah untuk berlaku adil. Kadangkala, pisau tu sangat tumpul untuk memotong kek tersebut mengikut ukuran yang sangat tepat. Kalau salah potong nanti terlebih. Maka, dah dianggap berat sebelah.

Oleh itu, baik simpan sahaja kek tu. Makan dalam bilik sorang-sorang. Siapa pun tak tau. Maka, tiada yang terasa hati dan sakit hati. Sebab manusia ini mempunyai sifat hasad dengki sejak dari azali lagi. Yang membezakan ialah banyak atau tak sifat tu dalam diri.

Hakikatnya, bukan senang untuk memuaskan hati semua orang. Maka, wujudlah istilah "terlepas pandang".

Shino said : Tak sengaja atau susah nak berlaku adil atau dah lumrah?

Labels: , , , ,