Rupa dan Nilai

Kalau zaman P.Ramlee bolehlah rupa paras jadi ukuran. Kalau kekasih, hendak pula yang lawa dan perfect. Cinta sejati adalah segala-galanya. Sanggup bergadai nyawa sebab tergila-gilakan minah cun tu. Semua nak cari yang mantap, comel dan cun. Tapi, zaman sekarang ni, nilai paras sudah tidak penting sangat.

Keadaan rupa paras hanyalah sementara, dan apa yang pasti, kelebihan dan pergantungan bersama lah yang patut dicari. Oleh itu, janganlah persendakan orang yang mencari pasangan yang mempunyai rupa paras yang kurang menarik. Nasihat kepada yang berkenaan. Sila takes note!

Seorang lelaki yang sangat huduh (seposen pun tak macho) tetapi mempunyai kreabiliti, bertanggungjawab kepada pasangan dan berkerjaya adalah lebih baik daripada lelaki yang sangat macho tapi hancus (kaki perempuan dan penipu). Oleh itu, jangan hanya mengejar kenikmatan sementara. Kita kena fikir untuk jangka panjang.

Begitu juga kalau mencari pasangan perempuan. Jangan terlalu mengejar dan berlumba-lumba mencari yang cantik sahaja.

Pada pandangan aku yang daif ini, apa yang lebih penting ialah
status mereka seperti pekerjaan dan latarbelakang pendidikan mereka. Itu yang menjadi ukuran nilai seseorang itu.

Justify FullSituasi sekarang :

Seorang lelaki baru melangsungkan perkahwinan dengan seorang perempuan. Soalan yang pertama orang akan tanya ialah "Apakah pekerjaan isteri kamu?"

Atau, seorang gadis yang akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki.
Orang akan bertanya "Bakal suami awak tu kerja apa?"

"Isteri kau tu lawa ke?"
- Sangat kekampungan dan kolot mereka yang bertanya begitu.

Oleh itu, pada zaman sekarang, sila jangan utamakan rupa paras. Cukuplah sekadar sangat memahami dan yang paling penting ialah kita boleh saling bergantungan antara satu sama lain di dunia yang kian mencabar ini.

Labels: , , ,