Salam Perkenalan

"Salam perkenalan" - Titik mula pertemuan antara dua insan yang akan memulakan perhubungan samada secara lisan, bertulis atau reaksi.

Perkenalan antara dua (2) individu
sebenarnya akan memakan masa untuk memahami antara satu sama lain.

Namun begitu, memperolehi cara yang singkat untuk merapatkan hubungan
merupakan salah satu skill dan merupakan satu cabang ilmu yang hanya diperolehi melalui pengalaman hidup. Tiada cara lain untuk memperolehinya selain daripada itu.

Apa yang penting dalam sesuatu perhubungan ialah "hati". Kalau taruhkan apa pun if orang tu dah awal-awal taknak berubah untuk membina hubungan dengan kita, semua itu tidak bermakna.

"I memang macam ni.. kalau u tak suke..suka hati u lah"
(Ini menunjukkan sikap yang taknak berubah dan keras hati)

Sebenarnya, kunci yang paling penting dalam perhubungan ialah
perkenalan. Bak kata orang "Tak kenal maka tak cinta". Itu yang mustahak. Kalau tak kenal atau tak cuba untuk kenal, takkan ada perasaan suka itu.

Dalam perhubungan, apa yang paling penting ialah perasaan sayang. Perlu ada perasaan sayang dan suka dalam setiap perhubungan.

Apa yang pasti, setiap benda dalam dunia ini perlu ada maintainan. Makan pun kena maintain. Kalau tak jaga makan nanti akan kena penyakit dan masalah kesihatan lain. Begitu juga dengan kenderaan dan lain-lain. Semuanya, memerlukan penyelenggaraan.

Dalam perhubungan pun perlu ada maintainan. Contohnya, kalau sudah lama tak contact seorang kawan ni, cubalah hubungi balik. Maka, hubungan itu akan kembali segar. Begitu juga dengan hubungan pasangan suami isteri dan juga pasangan kekasih. Perlu cari masa untuk bersama dan ini akan menghangatkan kembali kasih sayang dan hubungan itu.

Shino said : Penyelenggaraan hubungan?! Hehe

Labels: , , , ,