Welcome To Thailand

Perjalanan kali ini ialah menuju sebuah negara yang terkenal dengan istilah negeri Gajah Putih. Sila jangan kompius dengan "projek gajah putih" kerana ia sangat berbeza dari segi maknanya.



Sebenarnya, trip ke Thailand adalah lawatan bercor
ak serampang dua mata yang mana tujuan utama adalah untuk melihat perlawanan yang telah dianjurkan secara turun temurun dan perlawanan bola sepak ini merupakan acara tahunan dalam kalendar perlawanan antara dua jiran iaitu Kelantan dan Thailand.




Apa yang pasti apabila berkunjung ke sana, penggunaan International Passport sangat merumitkan dengan pengunjung dari Malaysia terpaksa mengisi pelbagai borang dan beratur panjang menunggu giliran. Hanya 2 kaunter dibuka dan pengunjung yang ingin memasuki membawa kenderaan sendiri terpaksa meletak kenderaan ditepi jalan yang tiada tempat parking disediakan oleh pihak imigresen Thailand. Tahap khidmat kaunter sangat teruk rating 1/5. Jika berkunjung ke sana dinasihatkan hanya perlu membuat border pass (RM10).

Perlawanan akhirnya dengan berkesudahan seri dan sepakan penalti menentukan kejuaraan pasukan. Kesudahannya ialah kemenangan memihak kepada pasukan daripada Sg. Golok dan pasukan Kota Bharu hanya berpuas hati dengan kekalahan tersebut.



Apa yang membawa aku ke sana adalah kerana perasaan ingin melihat apakah sebenarnya suasana di negara orang. Walaupun jaraknya hanyalah tak sampai 2 jam perjalanan tetapi kelainan amat ketara kerana berada diluar kawasan negara Malaysia tercinta.



Setelah menyaksikan perlawanan, sempat juga aku meronda melihat sekeliling bandar Sg. Golok yang sering disebut-sebut sebagai tempat ber"peleseran" jantan-jantan kaki betina. Banyak juga tempat-tempat begitu dibuka secara terang-terangan. Maka, tidak asinglah tempat tersebut sering dikaitkan dengan pelacuran dan rumah urut.




For me, tak semestinya berkunjung ke Sg. Golok mempunyai tujuan begitu, banyak lagi tempat yang baik untuk dikunjungi. Semuanya bergantung kepada niat dan tujuan anda ke sana.



Jika disentuh isu keselamatan jalan raya. Penduduk disana tidak pernah dilihat memakai topi keledar. Sepanjang pemerhatian, belum pernah aku lihat penunggang motosikal memakai topi keledar. Mungkin, isu pemakaian topi keledar bukanlah satu kewajipan bagi penunggang motosikal di sana.



Tapi bagi aku, ia sebuah tempat yang biasa, kawasannya tak banyak berbeza dengan pekan-pekan kecil di Malaysia. Malah, konsep pekannya ialah lebih kurang sama dengan kawasan Rantau Panjang, Kelantan.

Shino said : Next trip..plisss :)

Labels: , , ,