Balik Malam

Pada suatu malam, kami berkunjung ke rumah seorang kawan. Kawan lama dan dah lama tak jumpa sejak dia bekerja di Kuala Lumpur. Tapi kawan aku yang ni memang sejak dulu lagi suka sangat bercakap dan bercerita pasal benda-benda mistik dan alam ghaib ni. Maka, malam tu sambil beralaskan perut dengan kopi O dan biskut merri Si mamat ni rancak sungguh bercerita. Haih! Macam-macam cerita pasal lembaga ghaib tu keluar dari mulut beliau. Sampai aku yang sangat berani ini pun dah mula naik cuak dengar cerita beliau. Maklumla. Dahla rumah beliau sangat ke dalam hutan. Sabor je lah!

Selesai, sesi melepakkan diri. Aku dengan seorang kawan yang datang bersama mohon diri untuk pulang. Maklumla dah nak masuk waktu sahur. Masa masuk dalam kereta dan engine kereta di hidupkan dan kawan aku selaku driver pada malam itu mula mengundurkan kereta yang diletakkan di bawah pokok kelapa. Tiba-tiba bunyi satu benda yang terseret bila kereta mula diundurkan. Aku pandang belakang, tengok macam takde plak ranting-ranting yang dilanggar semasa kereta itu diundur? Haih pelik ni. Maklumla gelap pulak kawasan kami letak tadi.

Mamat yang bawak kereta tu pun dah mula fikir macam-macam. Buatnya ada toyol ke bersangkut kat tayar ke? Nanyer gak! Haih. Bulu roma naik laju je.

"Eh, kau reverse je laaa... aku seram nak kuar tengok ni..." Jawab aku..
"Huih gila kau.. aku pun!" Jawab si pemandu.

Bila masuk gear reverse kereta dirasakan berat je nak undur. Haih.. panik-panik ni.. Akhirnya, dapat juga kami menyelamatkan diri dan kereta dipandu keluar dari lorong tanah liat disamping bunyi desiran itu macam kuat je bila kereta menyusuri lorong tersebut.

Yang menjadi lagi panik ialah bunyi desiran tu makin kuat disebelah pintu pemandu. Aku pun panik gak. Isk ape yang berlaku ni? Adakah kami sedang membawa pulang seekor lembaga dari hutan? Ngerinya!

Setelah kereta memasuki kawasan dalam bandar dan lampu jalan yang terang, maka kami tiba dipersimpangan lampu traffic. Ketakutan tu masih lagi menyelubungi kami selaku anak jantan yang memang gah dengan keberanian ibarat "Panglima Gagah Berani yang mampu membunuh segala haiwan buas!".

Kemudian, sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang pakcik tua berkopiah berhenti di sebelah kami. Beliau memandang kepada pintu di sebelah pemandu. Kami masing-masing berpandangan. Kemudian, pakcik tua itu senyum dan berkata :

"Dik, ado pelepah kelapa duk lekat kat pintu kereta ni.." Ujar pakcik tu dengan muka seposen sambil menunjukkan sesuatu.

"Erk??!" Kami tergamam lantas berhenti ditepi jalan. Kami membuka pintu dan turun melihat lembaga tersebut;

"Cissss.. ingatkan binatang apa yang bergayut kat kereta..rupa-rupanya pelepah kelapa?!!"

Pastu kami gelak besar. Oh! Apakah penakutnya dan sangat memalukan peristiwa itu. Ni sure gara-gara cerita mistik tadi. Tengok sekarang siapa yang kena.. huhuhu


pic by flickr

Labels: , , , ,