Peristiwa Lori Tangki

Seingatan aku peristiwa semasa pulang ke kampung dari Johor Bahru menyambut Hari Raya pada tahun 2007. Suatu peristiwa yang masih menjadi ingatan kepada budaya masyarakat yang cetek minda.

Satu kemalangan telah berlaku melibatkan lori tangki minyak di sebuah kawasan. Tak perlulah disebutkan lokasinya dan menyebabkan kesesakan lalulintas. Sebenarnya, kes kesesakan ini bukanlah halangan lori yang melintang jalan, tetapi ia diakibatkan oleh pengguna jalan raya yang berhenti mengambil kesempatan ke atas tragedi tersebut. Mereka boleh diibaratkan seperti "Sekumpulan semut yang mendapat gula"

Pada mulanya seorang lelaki tua mula menjadi kepala menadah minyak petrol yang keluar dari tangki pecah. Selepas itu, berpusu-pusu orang ramai yang lain mengambil kesempatan yang sama. Masing-masing berebut-rebut menadah minyak petrol yang tumpah tanpa menghiraukan keselamatan diri.

Tindakan mereka ini sangat merbahaya, malah ada juga yang menadah minyak petrol sambil menghisap rokok. Tetapi mereka ini bernasib baik kerana umur mereka masih panjang. Sejam kemudian, pihak berkuasa muncul dan kawasan tersebut dikawal rapi.

Labels: , , ,