Peristiwa Malam

Semalam dia tertidur di depan tv. Penat sangat dan kekenyangan. Badannya tidak dapat bergerak-gerak dengan tiba-tiba. Rupa-rupanya dia ditindih lembaga malam.

Malam keesokkannya pula, semasa tidur keseorangan dengan kaki terjuntai keluar di atas tilam, terasa seperti suatu benda sedang menjilat ibu jari kaki beliau. Hanya mampu membiarkan begitu sahaja dan dia terlena.

Terjaga ditengah malam membuka pintu tandas, dia terkejut apabila seekor makhluk berbungkus kain putih sedang duduk di bucu tandas dan merenung beliau.

Sekarang perkara sebegitu tidak lagi berlaku. Di bulan yang mulia ini, syaitan dan iblis telah dirantai.


pic by flickr

Labels: , , ,