Semusim Ini

Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan aku terpaksa bertarung dengan masalah demam selsema yang menjadi-jadi.

Risau pun ada, maklumlah musim demam sekarang sangat ditakuti lantaran penularan penyakit demam H1N1 yang semakin merebak. Ia tidak mengenal usia mahupun siapa.

Tapi alhamdulillah, rasanya demam ni langsung tiada kaitan dengan selsema tersebut. Terima kasih kepada mereka yang
sudi dan sangat perihatin dengan kesihatan aku. Terutama kepada "beliau" dan aku sangat terharu.

Suatu hari ketika hujan sangat lebat tiba-tiba melanda kawasan di sini. Kawasan perumahan aku sering di landa banjir kilat. Sangat merisaukan disebabkan masalah penbentongan longkang yang tidak disenggara dengan baik.

Sejarah tahun lepas menjadi pengalaman aku yang mula menetap di sini. Bukan apa, tetapi bagi aku masalah banjir kilat ni sangat menyusahkan. Haih.

Oleh kerana kerisauan inilah, apabila paras air mula memenuhi koridor depan rumah dan hampir mencecah masuk ke dalam rumah, aku mulai resah. Bukan aku saja. Jiran-jiran juga mundar-mandir mencari penyelesaian berkenaan isu longkang tersumbat ini.

Maka, kami bersama-sama mengambil langkah membersihkan aliran air longkang besar di sekitar kawasan perumahan yang dilihat tersumbat dek sampah sarap milik manusia tidak bertanggungjawab. Now, semua terpaksa telan risiko banjir even diri sendiri pun tak pernah membuang sampah di dalam longkang.

Setelah sejam bertungkus-lumus berteduhkan payung dan bersenjatakan galah panjang, kami memulakan sesi membersihkan pintu air keluar dengan harapan ianya dapat mengalirkan air yang tersumbat dan mengelakkan air tersekat dan mengakibatkan banjir.

Hasil kerja gotong-royong ini akhirnya membuahkan seribu makna, yang mana air banjir di halaman rumah akhirnya surut dengan perlahan-lahan. Syukurlah, akhirnya rumah aku selamat dari dinaiki air buat sementara waktu.

Labels: , , , ,