Sesi Temuduga

Suatu sesi temuduga bagi pengambil satu jawatan khas dalam department aku berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kehadiran calon yang dijemput khas mencapai tahap 90% kehadiran. Yang tak hadir tu maybe sudah bekerjaya. Maka, peluang ini menjadi bonus kepada calon yang hadir kerana kurang persaingan. Seperti biasa, ia merupakan soklan wajib yang biasanya ditanya oleh penemuduga. Tak terkecuali bagi aku sendiri.

Apa yang anda tau pasal isu melibatkan Jabatan kami??
Semua cerita pasal ikan Arapaima kat Amazon. Ntah baca ke tak. Tapi bunyinya macam cerita ikan tu sangat famous. Sebab semua calon memberikan jawapan yang sama. Ok takpe. Selamat la korang.

Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia?
Seorang peserta temuduga yang juga warga malaysia yang sangat prihatin menjawab dengan sangat penuh yakin "Dato Najib bin.....Tun.. Abdul Rahman."

Siapa nama KSN?
Ni soklan kira bunuh diri la.. semua gagal menjawab. Maka, memberi tekanan kepada peserta temuduga ini. Takziah kepada mereka ini.

Apa program semasa yang dianjurkan di Negeri Kelantan melibatkan Jabatan kami?
Seorang peserta yang kononnya sangat perihatin isu semasa menjawab "Hari Perikanan" Air muka beliau sangat konfiden mengalahkan jaguh dunia. Tapi ternyata salah. Jawapan untuk soklan itu ialah "Hari Peladang Penternak & Nelayan"

Haih sangat kelakar semasa sesi tersebut. Tapi muka serius ni sempat gelak besar selepas sesi semuanya selesai. Apepun tahniah kepada mereka yang berjaya. Selamat maju jaya dan kerjalah bersungguh-sungguh.

Labels: , , ,